• Anxiety Survivor

    Anxiety Suvivor.

  • Siaran TV Pendidikan

    Siaran TV Pendidikan RTM

  • This is Slide 3 Title

    This is slide 3 description. Go to Edit HTML and replace these sentences with your own words. This is a Blogger template by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com...

Sunday, March 20, 2022

Tip Menghadiri Temuduga

 

Tip Menghadiri Temuduga






Assalamualaikum dan selamat pagi. Buat anak-anak Lepasan SPM 2019 SMK Arau. Di sini. Saya tag kan info dari UPU.
Anak-anak boleh membaca web blog saya berkaitan tip menghadiri temuduga dan juga saya ada muat naik tip membuat video temuduga ke universiti.
Tip tersebut saya peroleh daripada Prof Dr Wan Amiza, UKM , yang telah sudi share ilmu beharga ini, beberapa tahun lalu.
Berikut adalah infografik berkaitan Tips temuduga dalam talian.
Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dikemukakan di :
Jika anak-anak tidak faham boleh bertanya dengan saya ya. Samada melalui group wassap kita. Atau personal wassap/ telegram ya 😚
Jemput baca web blog saya berkaitan tip temuduga:
1) ...Perkongsian Halatuju Kerjaya, Kaunseling, Cinta, Orang Kelainan Upaya,: Search results for Temuduga
2) ...Perkongsian Halatuju Kerjaya, Kaunseling, Cinta, Orang Kelainan Upaya,: Apa Itu Video Resume

PANDUAN KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID SEMASA PKP KERANA #COVID19

 PANDUAN KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID SEMASA PKP KERANA #COVID19








Salam Jumaat. Salam Ramadan. Selamat sejahtera. Rakan-rakan FB yang dihormati. Alhamduliah. Harini semakin ramai rakan FB saya. Dari pelbagai pekerjaan dan latar belakang. Salam ukhuwwah ye 😊


Pagi ini. Saya copy paste bahan-bahan yang berfaedah buat kita semua. InshaAllah.😊


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

SALAM SEJAHTERA,

SALAM JPN SABAH HEBAT & SALAM PPD TUARAN, SEDERAP MENERAJUI PERUBAHAN 👍
"KAWALAN EMOSI GURU DAN MURID MELAKSANA PdP JJ SEMASA PKP"
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID HEM (KAUNSELING), PPD TUARAN AKAN MELAKSANAKAN BICARA PERKONGSIAN INTELEK OLEH PROF DATUK DR FADZIL CHE DIN, PAKAR PSIKOLOGI KAUNSELING UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) MENGIKUT KETETAPAN DI BAWAH :
TARIKH :
15 Mei 2020 (Jumaat)
MASA :
3.00pm - 4.00pm
DILANCARKAN OLEH :
Ybhg Dr Mistrine binti Radin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
PLATFORM :
Live Streaming FB
PAUTAN PENDAFTARAN & KEHADIRAN SPLKPM :
Warga Pendidikan Shj (Sekolah, PPD, JPN & KPM)


SEMUA GURU & MURID DIJEMPUT UNTUK BERSAMA SAMA DALAM SESI BICARA PERKONGSIAN INTELEK INI.
SEKIAN TERIMA KASIH
SYMA
MOHD HANIM MOHD GOSS
TIMBALAN PPD SPM
PPD TUARAN
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF

JIRAN KENA DERA? HUBUNGI TALIAN KASIH SEGERA #KPWKM

 JIRAN KENA DERA? HUBUNGI TALIAN KASIH SEGERA #KPWKM








Rabu. 13 Mei 2020 . Salam Ramadan ke 20 buat rakan Muslim.
Hari ini. Saya muat naik sekali lagi poster berkaitan Talian Kasih.
Tempoh PKP telah bertukar kepada PKPB.
Semoga kita megikut Norma Baru yang telah ditetapkan.

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
Bayangkan hidup mereka yang terpaksa berkurung dalam rumah bersama 4 kumpulan individu ini:
1) panas baran, suka mengamuk dan memaki hamun.
2) ganas dalam rumahtangga, 'woman beater'.
3) pemangsa seksual, haruan makan anak, suka layan pornografi.
4) pendera kanak-kanak.
"Ada ke orang macam ni?"
Ada.
Ramai.
Mungkin sebelum ini mereka yang menjadi mangsa dapat keluar tenangkan diri atau larikan diri sejenak daripada pemangsa.
Bayangkan betapa tertekannya mereka dalam situasi 'lockdown' ini.
Bersyukurlah jika kita boleh bergelak ketawa dalam rumah dengan ahli keluarga yang normal walaupun rumah bersepah dan kelam kabut.
Doakan agar orang sekeliling kita terhindar dan terselamat dari terkurung di rumah dengan 4 kumpulan individu ini.
Cakna.
Bantu mereka sejauh mana termampu.
Hubungi:
TALIAN KASIH 15999
TALIAN KASIH WHATSAPP 019 26 15999

Cara Semak Syarat Kemasukan Politeknik Online




 Panduan bagi pelajar yang ingin memohon untuk kemasukan sesi akademik 1 2019/2020 ke Politeknik. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kemasukan Politeknik secara online.


Syarat Minimum Lepasan SPM

Bagi lepasan SPM, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah warganegara Malaysia; dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf. Syarat umum akademik adalah seperti berikut :-

a) Politeknik Premier

  • Lima (5) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

b) Politeknik Konvensional/ Metro

  • Tiga (3) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

c) Subjek Mata Pelajaran Yang Perlu Diambil Kira

  • Bahasa Melayu (Wajib lulus)
  • Sejarah (Wajib lulus)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/ Fizik atau Kimia

Syarat-syarat minimum mengikut program pula adalah seperti berikut:

1. Program Kejuruteraan
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
    • Matematik
    • Satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
    • Mana-mana satu mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
    • Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
    • Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
2. Program Teknologi Maklumat & Komunikasi DAN Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik
3. Program Perdagangan (Diploma Pergajian Perniagaan)
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik
  • Memperoleh lima (5) kepujian dalam mana-mana subjek
4. Program Pra Diploma
  • Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
  • Lulus Matematik/Matematik Tambahan
  • Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek

Syarat Minimum Lepasan Sijil Kemahiran

Bagi lepasan Sijil Kemahiran, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus peperiksaan SPM atau setaraf
1. Sijil yang Layak

Senarai Sijil Kemahiran yang layak adalah Sijil:

  • Institut Kemahiran MARA
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia
  • Institut Kemahiran Tinggi PERDA
  • Kemahiran Malaysia
  • APEL (Acreditation of Prior Experiential Learning)
2. Syarat Minimum

A. Sijil Kejuruteraan atau Siji Teknologi Kejuruteraan yang telah memperoleh akreditasi (bagi Sijil Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA):

  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  • Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) atau setaraf dalam bidang berkaitan (contoh : Sijil Institut Kemahiran MARA / Politeknik / Komuniti / Institut Kemahiran Tinggi PERDA)

B. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

  • Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
  • Kelayakan Teknikal / Vokasional (diiktiraf/Tahap 3, KKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan
  • Mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
sumber: https://www.infoupu.com/semakan-syarat-kemasukan-politeknik-esemak-online/

SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA/ILKA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2022/2023

 CARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA/ILKA



SYARAT AM IPTA/ILKA

Kewarganegaraan

Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan dan kelayakan seperti berikut:-

 

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam

 

Asasi
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

 

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Politeknik / Kolej Komuniti / ILKA

 

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Sijil
Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira