Panduan bagi pelajar yang ingin memohon untuk kemasukan sesi akademik 1 2019/2020 ke Politeknik. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kemasukan Politeknik secara online.
Syarat Minimum Lepasan SPM
Bagi lepasan SPM, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah warganegara Malaysia; dan lulus peperiksaan SPM atau setaraf. Syarat umum akademik adalah seperti berikut :-
a) Politeknik Premier
- Lima (5) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
b) Politeknik Konvensional/ Metro
- Tiga (3) kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan
c) Subjek Mata Pelajaran Yang Perlu Diambil Kira
- Bahasa Melayu (Wajib lulus)
- Sejarah (Wajib lulus)
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains/ Fizik atau Kimia
Syarat-syarat minimum mengikut program pula adalah seperti berikut:
1. Program Kejuruteraan
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Memperoleh tiga (3) kepujian iaitu:
- Matematik
- Satu (1) mata pelajaran berkaitan Sains / Teknologi / Vokasional
- Mana-mana satu mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya
- Bagi bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
- Tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali
2. Program Teknologi Maklumat & Komunikasi DAN Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik
3. Program Perdagangan (Diploma Pergajian Perniagaan)
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik
- Memperoleh lima (5) kepujian dalam mana-mana subjek
4. Program Pra Diploma
- Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
- Lulus Matematik/Matematik Tambahan
- Memperoleh tiga (3) kepujian dalam mana-mana subjek
Syarat Minimum Lepasan Sijil Kemahiran
Bagi lepasan Sijil Kemahiran, syarat umum yang perlu dipatuhi mestilah:
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus peperiksaan SPM atau setaraf
1. Sijil yang Layak
Senarai Sijil Kemahiran yang layak adalah Sijil:
- Institut Kemahiran MARA
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia
- Institut Kemahiran Tinggi PERDA
- Kemahiran Malaysia
- APEL (Acreditation of Prior Experiential Learning)
2. Syarat Minimum
A. Sijil Kejuruteraan atau Siji Teknologi Kejuruteraan yang telah memperoleh akreditasi (bagi Sijil Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Sijil Pertanian Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA):
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
- Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan (Tahap 3 KKM) atau setaraf dalam bidang berkaitan (contoh : Sijil Institut Kemahiran MARA / Politeknik / Komuniti / Institut Kemahiran Tinggi PERDA)
B. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
- Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah (dalam SPM 2013 ke atas)
- Kelayakan Teknikal / Vokasional (diiktiraf/Tahap 3, KKM) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, dalam bidang berkaitan
- Mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan
0 comments:
Post a Comment