Sunday, March 20, 2022

SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA/ILKA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SESI AKADEMIK 2022/2023

 CARIAN SYARAT PROGRAM PENGAJIAN BERDASARKAN IPTA/ILKA



SYARAT AM IPTA/ILKA

Kewarganegaraan

Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan dan kelayakan seperti berikut:-

 

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam

 

Asasi
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

 

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Politeknik / Kolej Komuniti / ILKA

 

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Sijil
Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment